MEREKA YANG CUTE!

Monday 23 December 2013

KEMPEN 'MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA' BY #GROUPHM

Assalamualaikum,,

This is my first time involving a campaign yang memang agak jarang ditemui..Actually, one of my friend i called her Dirah ask me to join this group..aku pun,'ha? group ape ni? is it true? untuk ape? ape fungsi group ni?' beribu soalan aq sebat kat Dirah..sabar je la si Dirah ni jawab..hahaa..

'sebenarnya kempen ni dijalankan atas group #GROUPHM..#GROUPHM ni panjangnye GROUP HANYA MENYAMPAIKAN..group ni aktif dlm whatsapp..kempen ni kira join untuk menyampaikan la..kan hanya menyampaikan je..ganjaran bukan didunia tapi diakhirat Insya Allah..ni kira saham kat akhirat yang kita boleh sumbang sikit-sikit la..'

tu dia Dirah berceloteh panjang hujah punya hujah pasal kempen MADS by #GROUPHM ni..aq pon hangguk geleng2 je la..


ni dia official logo #GROUPHM..actually aku tak penah dengar group..a bit strange tapi dia punya moto 'TANPA TARBIYAH GERENTI REBAH' da cukup buat aku rasa yakin dengan group,,ecececehh..after celoteh Dirah yang panjang lebar, Dirah pon invite aku dalam group whatsapp ni..it just like a conversation about islamic..banyak pendapat, pandangan yang diutarakan dalam group ni..okay lupa nak cakap, group ni special untuk kaum muslimah sahaja..tu yang macam takde rasa malu dan segan nak utarakan apa-apa cadangan atau pandangan pasal agama..

setiap ahli akan ada tugasan untuk jayakan kempen MADS ni..kempen MADS ni akan diadakan secara serentak disetiap negeri..setiap negeri ada ketua dan ahli yang akan jalankan kempen MADS ni..aktivitinya depends kat ketua dan ahli dinegeri masing..aku join negeri Kedah punya la da aku pun belajaq sana..hihi..

kalau yang MADS kedah ni aktiviti dia macam tutorial tudung covering your chest, pemberian tudung, hadith dan sunnah and sedikit ceramah..actually bukan ceramah tapi hanya menyampaikan..simple talk cenggitu la..MADS di Kedah Insya Allah dijalankan di Tasik Jitra dan Amanjaya Mall, Sungai Petani..macam aku dok celoteh tadi diadakan serentak disetiap negeri..means, diadakan pada hari yang sama iaitu 28 Disember 2013 di setiap negeri (tempat-tempat terpilih sahaja).




ni ketua kempen setiap negeri..boleh la contact depa tanya kat mana lokasi kempen diaorang 28 Disember 2013, hari Sabtu nanti..pada awalnya, kempen ni memang mendapat sambutan yang memberangsangkan dari orang luar..ramai yang sokong dan bagi sumbangan untuk jayakan kempen MADS ni..ada yang sumbangkan tudung, shawl, pashmina..Alhamdulillah thanks for your support and keep supporting us..

Kempen ni kira dakwah kecil-kecilan oleh #GROUPHM..Good job..Insya Allah kempen MADS nanti berjalan dengan lancar dinegeri masing-masing..okay, kepada sape la kan yang nak sedekahkan sebarang pakaian yang menutup aurat macam tudung, shawl, pashmina, handsock dan seumpama dengannya boleh la contact ketua kempen negeri yang anda suka..pos je..ataupun kan ada sape-sape nak join kempen ni boleh la contact ketua kempen negeri yang anda suka..hihi..

Doakan la kejayaan kempen MADS ni semoga kempen ni berjalan dengan lancar...

WASSALAM..

Tuesday 19 November 2013

CLINICAL POSTING 'KLINIK KESIHATAN'

Assalamualaikum kaum2 blogger,,

Its been a long time tak post sebarang entry..ada yang rindu tak? *eh, perasan kejap* masalah ape ntah melanda kt blog aku ni sampai tak boleh nak bukak la kan..jenuh aku bertanya pada yang pakar tapi satu pon tak tahu..lastly, aq geledah sendiri dan Alhamdulillah pulih suda blog aku ni..

Jejakkan kaki kat semester 4 ni banyak cabaran..Januari tahun depan naik semester 5 Insya Allah lagi melambak cabaran..ingat sonang ko nak jadik staff nurse ni dik oi..pung pang pung pang, masuk kelas 8am sampai 5pm..pung pang pung pang, start clinical posting..pung pang pung pang, exam pulak..letihnya memang tak terkata la..baru jadi pelatih belum lagi qualified staff nurse..semester 4 kali ni aku banyak belajar pasal community health nursing..our tutors banyak beri penekanan pasal health education, penilaian perkembangan kanak-kanak, nutrition semua-semua tu la..kami semua dihantar pegi clinical posting klinik kesihatan area Alor Setar..ada yang dapat klinik kesihatan yang ada quarters (jauh) ada yang dapat dekat klinik yang takde quarters (dekat)..aku antara pelatih yang bernasib baik dapat posting dekat klinik kesihatan yang takde quarters..first two weeks posting aku dapat dekat Klinik Kesihatan Kuala Kedah..the last 3 weeks posting aku dapat dekat Klinik Kesihatan Simpang Empat, Alor Setar..between clinical posting klinik kesihatan tu kami kena posting surgical, medical and orthopedic..

Memang la posting dekat klinik kesihatan yang ada quarters best sebab boleh jalan-jalan plus bebas dari peraturan kolej but dari segi keselamatan dan budget berhari-hari tu memang sangat tak best..

"Duduk luar best boleh jalan-jalan wehh,, seronok..boleh masak sendiri, takde roll call pon"

Itu pendapat segelintir pelatih kat sini..okay, memang la kalau posting luar best banyak kelebihan yang takkan dinikmati kat dalam kolej yang agak bencana ni kan tapi,, haaa..ada tapinya..kalau bab budget memang aku sangat titik beratkan..duduk luar belanja besar nak beli barang dapur la, nak beli itu ini..kalau jumpa mall dekat area tu sokmo aku nak jalan pegi shopping pulak,,*lari budget*

second, kalau da kena posting luar tu dah sah-sah kena kemas barang, buku untuk kesana..sangat-sangat menyusahkan..third, keselamatan kolej terjamin daripada duduk luar coz kat sini ada mak guard yang gagah perkasa..hahahahaa..

For me, "Alhamdulillah dapat klinik kesihatan dekat-dekat je..naik van je pegi sana..budget aku tak lari pon"

Okay itu lah isu yang selalu dibangkitkan antara pelatih-pelatih sini..asyik dibahas sampai habis semester pon tak settle..hahahaa..posting kali ni banyak aku belajar dari PHN (Public Health Nurse) yang kerja dekat klinik tu pasal antenatal, kanak-kanak, postnatal dan family planning..ada bagusnya posting dekat klinik ni sebab pelatih rasa lagi yakin nak bagi pendidikan kesihatn, advice and doing procedure..

Datang je klinik pepagi kena wish staff-staff klinik, buat kalibrasi alat penimbang and bahagi tugas..the best part is aku dapat handle case kanak-kanak dengan jayanya yayyy! bukan tu je aku pon dapat handle case family planning *walaupun aku tak kahwin lagi lol* juga dengan jayanyaa..mula-mula tu segan la jugak nak bagi advice tu tapi dah lama-lama biasa la tu..

Actually kerja kat klinik kesihatan ni sangat menyeronokkan sebab dapat kerja dengan staff nurse yang baik hati lagi murah ilmu, dapat face dengan patient yang datang dengan pelbagai problem and macam-macam lagi..takde la hari-hari nak kejar housemen, medical officer, specialist *kalau dekat wad* je..kat klinik rileks je buat kerja aman..hahahaa..seronok jugak dapat pergi melawat klinik-klinik desa terdekat, ambil pengalaman pasal community health yang sangat meluas ni..

Baru aku sedar jadi staff nurse klinik ni bukan kerja mudah dan jangan pandang ringan..banyak bebanan yang dia orang kena pikul..kalau patient tak datang melawat klinik untuk check up staff nurse or jururawat masyarakat incharge kena datang rumah patient tu carik sampai dapat..sampai macam tu sekali kan..dia orang ni bertukus-lumus siang malam cuma nak bagi masyarakat ni dalam keadaan sihat..so, i'm very proud to be a nurse Insya Allah..berbakti pada negara, bangsa dan agama,,fuhh..ayat aku memang sokmo tak boleh bla..okay, ni je la dapat aku celotehkan kali ni..rasa nak collapse pulak taip laju-laju..hahahaa

WASSALAM..

Wednesday 1 May 2013

PERIHAL GWIYOMI

Assalamualaikumm..

Lama tak bersua anda-anda semua yang dok lentok baca blog orang ntah apa aku nak tulis kali ni aku pon tak taw..semua orang dok sebok bukak facebook, twitter, blog, youtube, keek, instagram kan kan? haa, tipulah tak bukak sebab korang tengah bukak blog aku wehh..hahahahaa..eh? yela, zaman dah maju..orang sekarang jadi retis pon melalui blog, youtube, facebook, keek bagai lah..contohnya macam fatin liyana, maria elena, dena bahrin, pengawas baik, matlutfi and so on lahh..banyak pulak nak list..tak kenal jugak? haa, tasha manshahar, najwa latif? lagi tipu lah tak kenal dok gatal mulut hang nyanyi lagu depa watpa..faham dah kannn..mereka ni dikenali menerusi blog, youtube..tak heran lah kalau terkenal sebab ramai rakyat Malaysia dok LIKE and COMMENT video and post depa semua..suka kann..

perihal kesah tetiba je jadi 'hot'..bukan aku maksudkan orang atau tujukan sesiapa..isu yang tetiba 'hot' contohnya lah kan macam tarian PSY 'Gangnam Style' yang jadi ikutan ramai tetiba boleh pulak buat flashmob ramai-ramai kann..pelik tak kenapa tetiba jadi isu hot? lepastu timbul pulak yang pasal Harlem Shake..haa...lama lepas tu pasal KI KI KIYOMI KI KI KIYOMI..


ikhsan dari youtube

comel lah budak kecik ni..meh aku citer sikit..amenda tu sebenarnya gwiyomi..asal perkataan kwiyomi tu dari perkataan korea gwiyom, gwiyeopta, gwiyowo tu semua maksudnya comel..selalunya diaorang kalau nak puji orang comel ni diaorang akan loyak cenggini..'kyaaa, neomu gwiyeopta!' mula-mula aku tak dapat nak tangkap masa kawan aku tu cuba imitate gwiyomi..cam *amenda sebenarnya dia nak buat ni dok jilat-jilat jari bagai ni? errr, annoying giler..* after aku tengok kat youtube, *ouhhhhhhh~benda alah ni rupanyaaaaa~*

hello hello hello kawan kawanku sekaliannnnn~gwiyomi dah berzaman actually...memang baru notice sekarang and dipopularkan sekarang..gwiyomi ni selalunya aku tengok masa rancangan reality TV korea atau bual bicara artis-artis k-pop..Girl's Generation dok selalu buat mende alah ni..dah lama actually..memang baru popular after ada sorang budak pompuan comel buat mende ni..

kpop artist doing gwiyomi part 1 (youtube)

kpop artist doing gwiyomi part 2 (youtube)

video-video ikhsan dari youtube...selalunya dalam bual bicara artis kpop ni, MC rancangan tu akan cabar sesiapa je buat gwiyomi sama ada hasilnya akan jadi comel, annoying atau lawak...kadang-kadang pulak MC tu suruh lawan antara gwiyomi mana paling best or paling comel antara artis-artis yang ada kat situ lah kann..kalau nak tengok, selalunya ada kat Weekly Idol..memang best rancangan tu..so, apa yang aku nak tegaskan kat sini adalah gwiyomi tu bukan benda yang baru sangat atau benda yang nak bagi orang lain heran lah kan..sejak 3 tahun lepas benda ni dok ulang-ulang kat TV..tak ketinggalan, artis Malaysia pon teringin nak buat jugak..bersungguh-sungguh berlatih..tahniah lah comel,,yessss,, aku admit gwiyomi tu comel untuk orang comel..kalau aku yang buat, letak kat youtube sah dapat sejuta dislike..hahahahaaa..

tapi bagi aku gwiyomi dok letak semak-semak banyak-banyak kat keek n youtube tu bagus jugak daripada letak benda-benda yang tak berfaedah yang boleh bawak benda-benda negatif dan menjadikan hati manusia hitam kan kan kann..Lastly, my fellow friends sekalian,, dunia cyber ni banyak cabarannya..gunakan sebaiknya dan jadi lah orang yang bersih hatinyaa..

WASSALAM..

eh, aku nak kongsi video lama matlutfi 

SEKIAN

Thursday 7 March 2013

SWEET 2ENTY

Assalamualaikum...

Heaven sangat cuti aku takde sape pon berani kacau aku punya cuti..mak aku sendiri pon tak kacau aku..tak pernah aku rasa sehebat ini cuti..sedap sangat hari-hari tidur lambat bangun pon lambat..tak rasa aku duduk rumah langsung bhai..rasa macam duduk hotel tak berape bintang lah kann..

Terlalu heaven aku rasa sampai birthday aku sendiri aku lupa..haa, kau..aku dah 20 wehh..tetibe tak heaven pulak bila sebut 20 ni..aku bukan kanak-kanak belasan tahun lagi yang masih duduk bawah ketiak mak abah..sedihnyaa...i'm already 20..sepatutnya umur macam aku ni dok dating tepi pantai dengan pakwe pilihan hati..ni masih lagi berfikiran tak matang membayangkan pakwe datang dari South Seoul Korea tu..konon ideal type macam yang yoseob lah, Jung Daehyun, Moon Yong Jae bagai..jangan berangan..euwww..tolonglahh..*poyonya kau ni..perjalanan masih jauh kalau nak mimpi macam tu..


Serius aku tak ingat langsung birthday aku ni..buat julung kalinya aku tak ingat wehhh..selama ni aku sibuk cakap dekat mak,'esok hari jadi kita taw mak..' *ok, mengharapkan sesuatu la tu..sangat tak malu..

tapi itu dulu..tepat kul 12mlm Ecah text aku bagu ucapan birthday..aku terpinga-pinga macam *krik krik krikk boleh pulak selak kalendar balik..hohoi..macam orang hilang ingatan pon ada..

Tetiba aku gelak sensorang malam-malam tu..eh, bithday aku rupanya...barulah aku gigihkan diri aku bangun dari tempat tidur capai lappy buruk aku ni semata-mata nak online..bb aku pulak sibuk berbunyik je ntah berapa notification dari facebook ngan whatsapp tu pon aku wat selamber dekk je..*biarkan lah ia berbunyik sampai satu masa bateri dia merah dia taw la nak mati..haahaaaa..

For those who wishing me:

Tak kira dekat facebook..

Jauh diperantauan pon..



Atau Twitter:



Texting jugak:


Whatsapp, BBM segala bagai tu...terima kasih aku ucapkan..hehehe..the best present is aku dapat doa dari mak abah..walaupon mak abah pon tak ingat birthday aku ni, tapi mereka masih mendoakan kesejahteraan anaknya..sob sob sob..

Paling aku tak boleh tahan lah kan, kakak aku paling aku rapat sempat belikan aku kek masa dia balik kerja..malangnya anak buah aku yang wakilkan aku dan rasmikan sebab aku tak dapat join..terharunyaaaa~sayang kakak aku selamanyaa..

ini budak sebok nak potong kek aku..hahaha


thank ypu so much..terharu bagai lahh..tak sangka kan2..dah tua-tua cenggini masih ada orang prihatin belikan aku kek birthday ke 20..eh, tua la sangat..

Alangkah bestnya kalau dapat sambut dengan member rapat aku..seronok amat..


Masing-masing ada haluan sendiri n pilih kerjaya sendiri, doakan yang terbaik je lah untuk diaorang..Insyaallah..this is the best moment..harap dapat gather cam ni lagi..Semoga berjaya capai apa yang korang nak..aja aja Fighting!!!

WASSALAM..

Tuesday 5 March 2013

CNY HOLIDAY PART 2

Assalamualaikum..

Okayy, tak habis-habis aku nak cerita pasal cuti raya cina ritu..walau pon cuti hari tu aku rasa macam sardin sangat2, tapi cuti tu paling best aku rasa..cukup-cukup la aku punya intro yang merepek ni..


Pulau Pangkor yeahhhh~lama dah aku tak naik feri ni..last aku naik masa darjah enam n masa tu nak pergi langkawi..cuma nak perjalanan nak pergi pulau pangkor ambik masa lebih kurang sejam je kalau nak dibandingkan dengan pergi pulau langkawi lagi lama sikit..


here we go~ dah macam kapal hape ntah aku tgk feri ni..ade org siap bawak motor lagi tu..lenkali aku nak bawak kereta lahh..eh *krik krik krikk..

maghrib jugak la mase nk check in hotel tu..btw, kami memilih untuk bermalam kat DJ Hotel..actually takde rupa hotel sangat pon..dia apartment n sewa untuk semalam sahaja satu family RM300..not bad laa kan..bagi orang2 yang dah biasa tu diaorang kata 'standard la tu'..amboi..belagak bak hang...

Malangnya, hotel tu jauh dari tempat makan, pantai dan seumpama dengannya..malam2 tu kalau nak makan kau ratah je la megi sefamily..memang tak la nak jumpa tempat makan yang dekat except kedai mamak je..

Objektif utama family aku pergi pangkor ni bukan nak main air, pantai lah bagai..sebab tu lah bapak aq tak nak ambil pakej pe bende ntah..bagi bapak aku, itu hanya satu pembaziran..memang malang lah bagi aku sebab tak dapat nak main pencil boat bagai..but, tujuan utama mereka adalah 'SHOPPING'..


tempat shopping kat sini 'cool' la kan...*krik krik krikk...shopping sekali dengan kilang..amboi gebang lah kau ni..


barang2 laut kat sini agak murah la jugak..segale benda yang kering or masin macam ikan masin, sotong kering semua bole tahan la murahnya..



Inilah barang kegemaran bapak aq..it's 'BELACAN'..hahh, kau nak?? abah memang gile dengan belacan dia tu siap borong berapa banyak belacan pon aku tak ingat..

The next place is kononnya the largest temple la dekat pangkor ni..umpama Dong Zhen kat Jenjarom la tu..tp Dong Zhen lagi gedabak la..uniknya temple ni aku tengok ikan berenang-renang dalam kolam dia..haa, unik unik unik unikk...


hello, aku tak main-main okay..ikan ni besa giler..umur ikan ni mencecah 20 tahun..serupa aku la tu..hahaha..tapi aku lagi besar dari ikan tu..




Mereka sibuk nak bagi ikan tu makan lah kannn..aku yang lapar ni menelan air liur je..ehhh..


Puas dah tengok ikan, bagi ikan makan pergi lah tempat peninggalan Belanda ni..rupanya Belanda pernah buat kubu kat sini..Al maklumlah bab sejarah ni aku paling slow..sejarah aku dlu paling okay pon A- je..


tak tahu mana datangnya 'akak' ni..tetiba interframe dalam gambar ni..okay la tu kak...shopping ye kak..beli lah key-chain tu banyak2 ye..buat lauk pon okay..lol



Inilah kubu Belanda yang aku loyakkan tadi tu..bawah kubu tu ada satu tempat I don't know tempat apa tapi serupa tempat menyeksa orang or tempat menyorok gitu lahh..

Pastu baru lah lepak2 dekat pantai Pasir Bogak tu..serius laut dia cantik giler..air dia jernih amat..kalah Morib..ahh, memang sah la Morib tu kalah..hahahahhaaa..


Sempat mem'poyo'kan diri dekat pantai tu..batak lah kann..banting mane ada pantai secantik ni..sempoi bhai..



Rase nice je lorekkan nama kat pantai ni..sempat je capture satu pic sebelum nama aku ni hilang dibawa ombak gemilang..hamboi kauuuu...

okayyy, time tu checking out lah kann..tapi anak buah aku dok sibuk lagi menyusu..sorang lagi sibuk main bedak..hambik kau main sebotol bedak..


Bye2 to pangkor Island..kejap je pon tapi seronok la jugak..bukan senang nak gather dengan family cenggini lagi kann..



tak habis lagi wehh..turun Lumut je aku sambung shopping dengan mak aku..abah siap geleng2 kepala lagi..abah kate,'nanti dah sampai kedah jangan mintak abah bank-in duit..paham2 la kan..elaun kau buat beli sotong kering memanjang..' yela tu..hmm, kalau aku dah mintak tu, tak kemana la kan..mesti dia bank-in jugak..abah sayangkan anak dia jugak kann..


Walau tak seberapa travel aku kali ni tapi dapat lah gather dengan family..family first sampai aku bersalah nak ketepikan family aku..say thankz to my dad, my mom, kakak aku terchenta sebab banyak payungkan aku masa aku kat pangkor..tanpa anda, siapalah aku untuk berbelanja...hehehehe..

WASSALAM...

Thursday 14 February 2013

CNY HOLIDAY PART 1

Assalamualaikum..

Lima minggu dah tak balik rumah ni haa..finally, dapat juga balik rumah lepas tempuh macam2 rintangan..rintangan yang aku tempuh sebelum boleh balik cuti: perjumpaan mentor mentee 'wajib' bagi setiap makhluk yang hidup kat KKAS tak kira semester berapa sekalipun, praktikal wad Kenanga 2A (wad obstetric postnatal n antenatal), tengok orang bersalin dekat labour room, praktikal dekat Patient Assesment Centre sebelum patient boleh masuk labour room..cuak la jugak praktikal dekat tempat2 macam tu especially dekat labour room..baru hang taw macam mana mak hang beranakkan hang dulu..

Excited nak balik sangat keluar hostel pukul 4 petang bhai..Actually nak shopping dekat pekan rabu dulu..mak kirim bahulu la pulak,,bahulu kat Pekan Rabu tu serious sedap..lagi2 kalau makan masa panas2..murah pulak..tiap kali aku nak balik selangor mesti mak kirim bahulu..selesai shopping yang tak sakan tu terus tunggu bas kat shahab perdana..

masing2 excited kot nak balik..lebar bebenau Azah senyum..
Bas aku 10.30malam sekali dengan Dilah n Farah Amirah..sian si Azah bas dia pukul 11.45malam..takde bas lagi lambat dari tu ke? eh,*krik krik krikk..okay, mula2 duduk kat terminal shahab tu happy la sangat borak pun semangat je..lepas 30 minit duduk Azah dah start tersengguk-sengguk..aku boring punya pasal aku main word search sampai muka surat 20..duduk kat terminal serius boring..*padah tunggu bas 4jam awal..hahaha..


Sampai jugak kat rumah dalam pukul 7 pagi..malam tu ada makan2 pulak dekat rumah ustaz amran sebelah rumah aku ni..menu ounya lazat la kan..terabai diet aku..hentam la jugak sate dengan wings bakar ni..tak tahan la pandang je..yela, ayam ni dibakar untuk makan kan,,bukan untuk dipandang sebagai perhiasan je..


Best jugak buat kenduri cenggini..berkelah kat kuar rumah, gotog-royong bagai, pastu makan sambil tengok ceramah ustaz Azhar Idrus dekat youtube..malam tu Angah jiran aku tu je la jadi peneman aku..aku bukan pandai sangat nak borak dengan kawan2 mak aku ni..segan..hik3..borak dengan Angah dengar dia cerita pasal kawan2 exchange student dari korea..whoaaaa~best giler,,


Esoknya pagi2 lagi dah keluar rumah nak balik kampung rumah nenek kat Sungai Tiang Darat, Bagan Datuk Perak..anak buah aku si Adam Haris excited sebab nak naik kereta dengan nenek dia..untung budak kecik ni ada moyang..

Lama dah tak balik kampung..actually balik kampung sebab abah buat kenduri untuk arwah atuk..atuk baru mrninggal 1 November 2012 sebab sakit tua..unfortunately aku tak dapat datang masa tu sebab aku tengah final exam semester 2..aku cuma boleh berdoa dari sini je..*eh, tetiba buat cerita sedih pulak..


Parit dekat depan rumah nenek ni pon dah tak rupa parit aku tengok..petang2 sedap jugak tengok atuk wan memancing..ada entah tak ikan tu..hahaha..seronok tengok je la..


Cousin aku pulak bawa aku jalan2 naik motor pergi Rungkup..mak ai, jauh kot..aku tak pernah sampai ke Rungkup lagi..bagus Nona ni jadi driver motor aku..hehe..saja jalan2 cuci mata tengok orang main takraw n futsal..*eh, gatal..


ni cousin aku n adik aku yang ting tong..hahaha..bukan selalu dapat balik kampung..cuti pon kejap je..next day, sebelum balik dapat la amek pics dengan sedare2 aku yang jauh dimata lagi jauh dihati n dekat dikaki..ecehh, gurau kot..


with my nenek terchenta yang tabah dan kuat,,hehe..esok2 bella balik lagi ye,,doakan bella berjaya dalam pelajaran, dapat tolong nenek satu hari nanti ye nek..okay, it's time to go back home..


sebelum balik mak singgah Jeti Lumut nak shopping tapi terlajak sampai ke Pangkor..nampaknya aku holiday sana la kan..holiday yang tak disengajakan..bak kate mak aku,'holiday terjun'..

TO BE CONTINUED...WASSALAM..

Wednesday 13 February 2013

THE CARNIVAL WATER PARK, SUNGAI PETANI

Assalamualaikum,,

Bermula la kehidupan aku sebagai seorang student nurse diploma KKM semester 3 pulak dohh..Alhamdulillah lepas jugak aku dari kemelut subjek semester 2 yang susah2 bak hang..kang dah kuar pulak bahasa utara aku baru belajar ni..ate, start sem ni mike nak bagi elaun RM835 la kan..boleh la teman menyimpan sikit..tapi teman tengok RM621 jugak..tapi nasib teman baik sebab gaji teman masa keje Pizza cuti semester dapat la membantu..

Disebabkan poket tengah menebal, geng aku plan pegi Sungai Petani..tak penah pon aku jejakkan kaki kesana dan bagi aku Sungai Petani yu cuma sungai je kot..hahaha..diaorang cakap nak mandi-mandi main air bagai laa..aku join je la kann..berbekalkan kereta sewa perodua viva dua bijik, dapatlah 9 orang tu merasa pegi Sungai Petani..


sewa 12 jam RM80 untuk hari ahad-khamis..kalau hari cuti RM120 untuk 12jam..


dapat kereta sewa pon cun je..cun pon cun jugak..tapi minyak pon tarak..menggelabah habis carik tempat isi minyak..bukan driver yang menggelabah tapi penumpang dia yang menggelabah..yela, kang tak sempat nak mandi kat carnival dah mandi peluh dulu tolak kereta..sesampai je dekat sungai petani sesat lepas berhenti isi minyak..tak jumpa mana the carnival hoi..puas tanya orang rupanya kat tepi jalan je..penat Azah and kak Gee pusing-pusing..haihhh..mata masing2 kena tambah lagi dua agaknya..

Cik driver, Miss Azah..hewhew..relax je drive..

Ni lah rupa pintu utama the carnival water park, Sungai Petani..actually, bagi aku biasa je the carnival ni..lagi best Tambun and Sunway Lagoon..kalau korang dari belah selatan nak mai sini mandi, tak berbaloi rasanya..sebab the carnival tak banyak aktiviti dan tempatnya biasa2 je..tapi ni je la tempat aku and geng2 aku mampu pergi setakat ni..kalau nak peri jauh2 nak kena sleep out nak buat surat bagai memang leceh la kan..

Tiket masuk RM25 untuk dewasa masa aku pergi tu..murah sikit sebab aku pergi hari khamis..kalau pegi masa cuti sekolah mahal la sikit..well, tempat lain pon macam ni jugak kan..time cuti mahal..time hari biasa murah sikit..okay la tu..

Mula2 masuk, peta besar bak hang..kalah peta kat bantal aku tu..hihihi..masuk je sibuk pergi cari locker nak simpan barang n terus tukar baju..locker pon kena bayar jugak RM20 tapi lepas guna locker tu dia akan pulangkan balik RM10..kunci locker dia macam jam pastu kena scan kat satu dinding tu and automatik locker yang kita nak guna tu akan terbuka sendiri..haaa, hebat kann..eh, ke aku yang ketinggalan zaman..*krik krik krikk..

Paling tak tahan Azah tertinggal kunci dalam locker..nak buka pergi panggil akak india kat kaunter tu..lagi tak tahan akak kat kaunter tu tak tahu nak buka pulak..erkk, macam tu la pulak..lepas 20minit baru la lagi sorang akak tu datang n tolong bukakkan..


Ni familiar la kalau dah biasa pegi mandi kat water park kann..kat wet world pon ada..

pizza ni takde buah ceri ponnn..

After seronok bagai kanak-kanak ribena mandi kat the carnival tu aku treat geng2 aku ecah, kak gee, anis, pikah, farah mira, yana, aten,dila makan pizza kat village mall, sungai petani..beli la pizza baru golden crab claw kot..whatever the name lahh..mentang2 dulu aku keje pizza, nak order pon macam kereta api..tak tengok menu siap hafal lagi nama saintifik semua menu kat pizza hut tu sampai shift manager yang ambil order kitaorang tu menggelabah nak tulis..serius lawak tengok shift manager tu,Sir Hanif..nasib hensem..kalau tak memang aku dah gelak kat situ jugak tengok dia menggelabah terkebil-kebil pandang muka aku..hahahaha..eh, jahat pulak ye..


Done makan, semua pakat nak shopping sakan kat tesco sebelah village mall tu..aku tengok village mall dengan tesco tu macam gaduh je..buat pagar tinggi2 lagi..takde pintu pagar antara village mall dengan tesco pon..hahahahaa..whatever la kann..pastu pakat nak sambug shopping dekat aman jaya mall..aman jaya lagi best..barang sana lagi murah bhai..dapat la beli ole2 untuk birthday kawan aku tu..eh, kantoi beli kat situ..hak3..balik hostel pon lambat dah pukul 9malam la jugak..siap terlajak jalan masa nak balik hostel..jalan waktu siang n jalan waktu malam lain..tu yang boleh terlajak sesat kejap..btw, thankz Azah n kak Gee jadi driver kitaorang..dapat la merasa angin Sungai Petani yang aku sangka ada sungai je..lainkali jalan lagi ea..

WASSALAM..