MEREKA YANG CUTE!

Wednesday 23 April 2014

AMBIL JALAN JAUH FOR THE FIRST TIME


Assalamualaikum..

Dah hafal la kalau bukak blog aku ni. Mukaddimah aku tiap kali nak post entry baru macam biase lah 'dah lame tak update blog' or 'blog dah berhabuk' dll..cliche right? Sorry misi busy la..bhahaha..actually dah tak tahu la macam mana nak muntahkan ayat yang bermain kat kepala ni..haha..kalau perasan agak berabad jugak aq jenguk sini..(takde la beradad..berbulan je..lol) seriously semakin naek semester semakin mencabar dugaan aku hadapi..okay la stop la mukaddimah merapu merapan aku ni..straight je la..

Kali ni pong pang pong pang nak cerita la sikit..actually aku jarang sekali jalan kat KL pakai transport awam..and this is my first time aku berjaya try and error dengan sendirinya balik rumah from the busiest road (puduraya) to shah alam..gila kau jah *tepuk tangan sikit* ni pon disebabkan ketiadaan tiket bas pegi shah alam..almaklumlah tiket on the spot aku beli..selalunya booking dulu..

Pelik? Kenape dapat cuti mengejut?? The thing is there is a problem with my college..they need to settle down the case and the director of my college just give us 5days holiday..talking about the case, rasenye tak perlu nak diceritekan kot..ceritanya cuma diberi cuti from 2 april until 26 april je bukan untuk SO (sleeping out) tapi majoriti nak SO dengan explaination letter ditangan dengan janji balik cuti 5 hari bertnggungjawab dengan apa-apa yang akan terjadi dan berjanji akan ganti klinikal 5 hari..hambek kau ganti 5 hari..tak kesah lah as long as dapat balik jumpa parents kt rumah sebelum final exam ni..

Dengan seharian asrama haru biru kelam kabut pasai nak balik je sebab arahan tak jelas *there's a miscommunication* kejap bole balik kejap tak boleh last2 dapat jugak kate putus boleh balik..dengan kesabaran yang menggunung gegaskan diri packing luggage and patiently tunggu buku SO tu 'sign' oleh penyelaras tersayang finally lepas jugak lah kan..about 2 hours to 3 hours jugak la tunggu..

Sesampai je kt shahab dengan 5 lagi member terus la dpt tiket on the spot bas swarna bumi ke puduraya *tak penah naek pon bas ni* bas agak ok la jugak..sempat jugak aku pesan kat uncle bas tu 'uncle tunggu kami siap makan baru bas jalan naa' hohohoho..untong uncle bas tu sporting tunggu aku and the members habis makan kt marrybrown shahab tu..



Quite cheap jugak la tiket dia rm43 coz selalunya rm45 if naik sani express, etika, pancaran matahari..ok next sampai je puduraya yang tersangat jam about 6 to 7 hours journey dengan keadaan laparnye aku berpecah dengan member aku naik LRT pulak pegi KL Sentral ni..just beli token LRT guna machine then aku terus tanye kat kaunter..

Aku : Encik, camne nak pegi KL Sentral ye?
Tukang kaunter : Adik kena naik sampai masjid jamek then buat pertukaran dekat situ..
Aku : So sekarang where I've to go?
Tukang kaunter : Adik ambek platform kanan..
Aku : Ok terima kasihh ~~

Berbekalkan token LRT berharge rm2.50 aku ligankan diri pegi platform tu..tak tahu pulak kena transit dekat masjid jamek..untung aku tanya kalau tak sesat je la..tak sampai 5 minit da sampai Masjid Jamek then aku macam orang tak tentu hala coz tak tahu nak amek LRT lagi satu kat mana..aku jalan je follow orang kat depan aku till aku jumpa a lady 30an looks like this woman on her way to come back home..nampak macam baru balik keje la..

Aku : Maaf puan, ni Masjid Jamek kan? saya nak pergi KL Sentral ni macam mana ye? Coz tadi saya tanya kaunter kat pudu tu dia suruh buat pertukaran kat sini..tapi bila saya sampai sini saya tak tahu nak pergi mana..
Lady : Oh, adik kena jalan terus sampai ke bawah..actually platform tu kat bawah..adik kena ikut laluan ke Kelana Jaya (platform Kelana Jaya)
Aku : Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak puan..

Tak banyak soal aku terus je jalan berlari-lari anak ikut je macam ape yang dia cakap tu..short of breath jugak dibuatnya sebab jauh jugak..naik turun escalator finally jumpa jugak..So, sampai pulak KL Sentral amek KTM pegi Shah Alam my final destination..Same jugak cume rm2.50 je..


Nak tunggu KTM satu hal sebab nya KTM ni memang sokmo lambat..bila da dapat satu train je semua orang da beratur berpusu-pusu masuk..da dapat naek Alhamdulillah tak terkate rasenya..hilang penat menunggu penat berjalan biarpon aku tak dapat seat kat dlm KTM tu..bersandar kat tepi tiang pon jadi lah..


About 30mins camtu sampai la kat stesyen Shah Alam..mai2 je my sis da tunggu kat situ dengan muka penuh harapan..lol..sian dekat dia tunggu kat situ dekat setengah jam jugak..*sorry bukan salah aku lambat tapi salahkan jalan yang jam k* aku keluar dari train dengan muka penuh kelaparan dan kehausan macam orang berjalan kat padang pasir kot..gebang pulak cerita..I said,'wehh, lapaaa laaaa' dengan muka kesian umpama mintak sedekah kat kakak aku..balik je dapat nasik sepinggan dengan tempe goreng tambah kicap..aku dah tak carik lauk lain dahh..carik lauk kegemaran aku je mase tu..*tempe* kena bebel pula dengan mak aku 'kau ni bella lauk banyak tempe jugak kau carik' hehe.. rileks2 lepas makan sampai tengok tv siap..


rindu lorh nak tgk UGLY ALERT kat OneHD dengan adek bongsu aku..actually ini kali pertama aku balik menggunakan jalan yang sangat-sangat jauh dan menghabiskan sebanyak 9 jam lamanya nak balik rumah..selalunya 6 jam je direct to Shah Alam and kadang-kadang sejam setengah je kalau naik flight to LCCT..Alhamdulillah finally dapat sampai rumah tido dekat rumah makan dekat rumah jumpa dengan orang-orang dalam rumah buat aktiviti ikut suka aku dalam rumah ni..terubat segala rindu..wassalam

CERITA HARI TU HAAA..


Join Seminar Penyalahgunaan Daun Ketum peringkat Negeri Kedah pastu YAB Dato Seri Hj Mukhriz Bin Tun Mahathir pulak yang rasmikan..u know what mak aku minat gilaaa kat Dato Mukhriz ni..actually mak aku minat dari bapak dye Tun Mahathir bila anaknya terlibat dengan anak dye sekali mak aku minat..mak aku minat cara depa memimpin negara dan karisma yang depa ada.. cc : iPhone camera by Darshini


Masuk newspaper Utusan siap muka member2 aku ni..muka aku memang la tak nampak da dasar pendek..nampak tangan aku buat 'peace' sign je..apalah nasib..tapi untung masuk dari tak masuk langsung right? cc : www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/galeri/galeri_terkini.htm

Sekian celoteh aku yang panjang lebar ni..'Sukailah apa yang kau miliki walaupun kau tak miliki apa yang kau sukai'