MEREKA YANG CUTE!

Tuesday, 19 November 2013

CLINICAL POSTING 'KLINIK KESIHATAN'

Assalamualaikum kaum2 blogger,,

Its been a long time tak post sebarang entry..ada yang rindu tak? *eh, perasan kejap* masalah ape ntah melanda kt blog aku ni sampai tak boleh nak bukak la kan..jenuh aku bertanya pada yang pakar tapi satu pon tak tahu..lastly, aq geledah sendiri dan Alhamdulillah pulih suda blog aku ni..

Jejakkan kaki kat semester 4 ni banyak cabaran..Januari tahun depan naik semester 5 Insya Allah lagi melambak cabaran..ingat sonang ko nak jadik staff nurse ni dik oi..pung pang pung pang, masuk kelas 8am sampai 5pm..pung pang pung pang, start clinical posting..pung pang pung pang, exam pulak..letihnya memang tak terkata la..baru jadi pelatih belum lagi qualified staff nurse..semester 4 kali ni aku banyak belajar pasal community health nursing..our tutors banyak beri penekanan pasal health education, penilaian perkembangan kanak-kanak, nutrition semua-semua tu la..kami semua dihantar pegi clinical posting klinik kesihatan area Alor Setar..ada yang dapat klinik kesihatan yang ada quarters (jauh) ada yang dapat dekat klinik yang takde quarters (dekat)..aku antara pelatih yang bernasib baik dapat posting dekat klinik kesihatan yang takde quarters..first two weeks posting aku dapat dekat Klinik Kesihatan Kuala Kedah..the last 3 weeks posting aku dapat dekat Klinik Kesihatan Simpang Empat, Alor Setar..between clinical posting klinik kesihatan tu kami kena posting surgical, medical and orthopedic..

Memang la posting dekat klinik kesihatan yang ada quarters best sebab boleh jalan-jalan plus bebas dari peraturan kolej but dari segi keselamatan dan budget berhari-hari tu memang sangat tak best..

"Duduk luar best boleh jalan-jalan wehh,, seronok..boleh masak sendiri, takde roll call pon"

Itu pendapat segelintir pelatih kat sini..okay, memang la kalau posting luar best banyak kelebihan yang takkan dinikmati kat dalam kolej yang agak bencana ni kan tapi,, haaa..ada tapinya..kalau bab budget memang aku sangat titik beratkan..duduk luar belanja besar nak beli barang dapur la, nak beli itu ini..kalau jumpa mall dekat area tu sokmo aku nak jalan pegi shopping pulak,,*lari budget*

second, kalau da kena posting luar tu dah sah-sah kena kemas barang, buku untuk kesana..sangat-sangat menyusahkan..third, keselamatan kolej terjamin daripada duduk luar coz kat sini ada mak guard yang gagah perkasa..hahahahaa..

For me, "Alhamdulillah dapat klinik kesihatan dekat-dekat je..naik van je pegi sana..budget aku tak lari pon"

Okay itu lah isu yang selalu dibangkitkan antara pelatih-pelatih sini..asyik dibahas sampai habis semester pon tak settle..hahahaa..posting kali ni banyak aku belajar dari PHN (Public Health Nurse) yang kerja dekat klinik tu pasal antenatal, kanak-kanak, postnatal dan family planning..ada bagusnya posting dekat klinik ni sebab pelatih rasa lagi yakin nak bagi pendidikan kesihatn, advice and doing procedure..

Datang je klinik pepagi kena wish staff-staff klinik, buat kalibrasi alat penimbang and bahagi tugas..the best part is aku dapat handle case kanak-kanak dengan jayanya yayyy! bukan tu je aku pon dapat handle case family planning *walaupun aku tak kahwin lagi lol* juga dengan jayanyaa..mula-mula tu segan la jugak nak bagi advice tu tapi dah lama-lama biasa la tu..

Actually kerja kat klinik kesihatan ni sangat menyeronokkan sebab dapat kerja dengan staff nurse yang baik hati lagi murah ilmu, dapat face dengan patient yang datang dengan pelbagai problem and macam-macam lagi..takde la hari-hari nak kejar housemen, medical officer, specialist *kalau dekat wad* je..kat klinik rileks je buat kerja aman..hahahaa..seronok jugak dapat pergi melawat klinik-klinik desa terdekat, ambil pengalaman pasal community health yang sangat meluas ni..

Baru aku sedar jadi staff nurse klinik ni bukan kerja mudah dan jangan pandang ringan..banyak bebanan yang dia orang kena pikul..kalau patient tak datang melawat klinik untuk check up staff nurse or jururawat masyarakat incharge kena datang rumah patient tu carik sampai dapat..sampai macam tu sekali kan..dia orang ni bertukus-lumus siang malam cuma nak bagi masyarakat ni dalam keadaan sihat..so, i'm very proud to be a nurse Insya Allah..berbakti pada negara, bangsa dan agama,,fuhh..ayat aku memang sokmo tak boleh bla..okay, ni je la dapat aku celotehkan kali ni..rasa nak collapse pulak taip laju-laju..hahahaa

WASSALAM..

No comments: