MEREKA YANG CUTE!

Tuesday, 13 May 2014

CINCAILAH KAT CINCAIBUY.COM

Assalamualaikum..

Definisi bosan dalam kamus hidup aku mulai tertulis bila exam midsem and final dah lepas dan aku bersenang lenang melenggangkan body sambung praktikal dekat wad..makin bosan bila dapat wad psikiatrik yang boleh dapat sakit otak la jugak duduk sane..hmmm...okay2 straight je la aku malas nak belok kanan kiri patah balik sebab citer kali ni simple je..

Dah penat nak explain sampai naik kering saliva aku bila dapat soalan2 dari member2 yang minatnya kearah shopping online ni..yes memang aku pon minat jugak shopping secara online ni..sebabnya kebanyakan barang yang aku nak sangat tu tak jual dekat mana-mana kedai pon..ade jual online je and kebanyakan barang yang aku nak beli ni lebih murah kalau beli online and lebih cantik..as you know aku memang shoes lover...ape aku kesah kalau pakai baju kurung cotton tudung bawal tak iron asalkan kasut aku lawa..orang kate 'pakai lelawa, pakai selipar jepun pon takpe..orang tak tengok kasut..' eh kalau aku 'pakai la macam nak pegi kebun pon pastu pakai kasut lawa..orang tengok kasut kau yang kaw kaw tu..' cincailahh

Haa..ni aku nak suggest satu web online shopping yang aku sokmo beli kasut kat situ..yela, aku tak pandai dress up sangat..tapi kalau keluar mesti ade mulut dok bertanya 'mana beli kasut tu?', 'eh kasut pinjam sape?','kau beli kat korea ke hape?' Wehh aku beli sendiri la tak maen pinjam kasut orang =,=' Explain punya explain la sampai kering mucosa mulut aku..mai aku habaq sini biar tak dehydration kalau dok bercerita mulut kannn...ni link dia..kliklah kat sini sayang oi..



Hahh..sinilah web online shopping kegemaran aku..da 2 kali aku beli sini dan da 5 pasang kasut aku rembat..cehh..bukan la rembat sangat tapi beli..web ni bukannya jual kasut je tapi ade jugak jual baju tops, blouse, bags, purses, dresses and macam-macam lagi..kasut pulak ade macam-macam jenis..hang nak flat, heels, canvaz, boots, oyak je nak ape..bukan untuk gugurls je..boboys pon bole jugak..

Web ni memang la dalam bahasa cina tapi kan bole translate..takde masalah..semua kat hujung jari je..haa, pasal saiz kasut pon takde masalah jugak..web ni akan bagi contoh saiz kasut..nak beli jangan lupa register la sebab kalau da register hangpa akan tersenarai dalam customer list diaorang and mana tahu dapat promotion ke untuk pembelian seterusnya..contohnya cash voucher ke discount ke macam ni..


Cash voucher tak banyak la dia bagi tapi bermakna la jugak ye idok? Sebab kasut dia jual tersangatlah murah dan kebanyakan harganyanya below RM60 sepasang..kalau hangoa carik kat tempat lain maunya kasut depa jual RM100 and above..postage pulak hangpa beli la banyak mana hangpa nak tetap dikenakan RM10 je..pasal penghantaran pulak macam biasa la bagi adress korang kan and makan masa 9 hari waktu bekerja tak termasuk hari cuti..takpe la sabar itu separuh dari iman..tunggu pon dapat benda berbaloi..comel ya web ni kat atas harga mesti dia tulis 'cincailah'...hahaa...macam beli barang dekat market pulak...comel gitu..





Satu lagi nak habaq..syoknya beli dekat sini sebab dia bagi stokin free siap..tak payah susah nak beli stoking baru depa dah bagi...



Kasut diaorang memang selesa sangat..memang aku rajin sangat pakai kasut diaorang ni sebab tu kotor..hahahaa...balik rumah naik bas, KTM, LRT, flight semua aku tempuh dengan pakai kasut diaorang ni..very comfortable..




Design diaorang pon simple dan cantik..tak payah pening kepala la kan mana nak carik kasut cantik dan murah..semua aku dah cerita..zaman sekarang kan dah moden..semua kat hujung jari je..nak beli itu ini tinggal klik je..and that's it..ni lah yang nak aku celotehkan..anything just comment je ye sayang2 semua...

Lastly, sempat lagi kot nak wish Happy Mother's Day dan Happy Nurses Day kat semua yang bergelar mak especially mak akulahh and kepada misi2 sekalian termasuk Misi Cik Bella..ngee~~

Sekian, Wassalam...

6 comments:

Farah said...

Cantiknya kasut! :D

CIK MISI BELLA a.k.a FADZILAH said...

Thankz hahaa..XD

puri ulii said...

Assalamualaikum
Nk tnye,mase awk bli barang kat cincaibuy lama x penghantaran.sbb saye dh 5 hari duit dh bank in tp apa2 msj saya diorang x reply lg.

puri ulii said...

Assalamualaikum
Nk tnye,mase awk bli barang kat cincaibuy lama x penghantaran.sbb saye dh 5 hari duit dh bank in tp apa2 msj saya diorang x reply lg.

Fadzilah Mak Mon said...

Ade buat notification by email lepas byrn tak? Cincaibuy agak lama jugak..actually 9 hari waktu bekerja..coz brg cincaibuy dr china post ke malaysia..memg makan masa jugak..

puri ulii said...

ok thanks ya cik siti mili.mcm tu sy tgu je lah ya.klo xde pun bermkne bkn rezeqi sy